PruBSN UmmahLink

Perlindungan dana kesihatan dan simpanan pelaburan adalah sangat penting dalam kehidupan. Sebagai muslim, kewangan yang sihat adalah kunci utama supaya kita dapat menunaikan ibadah haji dan umrah. Oleh itu, PruBSN Takaful memperkenalkan plan UmmahLink iaitu plan yang akan memastikan kedua-dua aspek ini dapat anda kecapi.

Bagaimana plan ini dapat membantu anda?

1. Protection Unit Account (PUA) : Ini adalah account protection (coverage takaful). Perlindungan istimewa iaitu BAYARAN 2 KALI GANDA dari segi pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan sekiranya client meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan ketika menunaikan haji atau umrah.

2. Investment Unit Amount (IUA) : Ini adalah account investment (yang dilaburkan dalam unit amanah Dana              Takaful PruBSN (Ekuiti, Urus atau Bond).

3. Cash Unit Account (CUA)            : Ini adalah satu account yang sangat special sebab client boleh dapat duit              CASH PAYOUT 2 tahun sekali, serendah RM 500 dan seterusnya RM 1,000, RM 2,000…bergantung kepada caruman bulanan. Selain itu, duit dalam account CUA ini juga akan dimasukkan dalam ACCOUNT SSP                         (Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional)…yang melayakkan client untuk mendapat cabutan SSP BSN…termasuklah cabutan kereta mewah dan sebagainya. Selain itu, client diberikan pilihan untuk memindahkan duit CASH PAYOUT tu ke account Tabung Haji (TH).

Disclaimer : PruBSN tidak menyediakan sebarang perkhidmatan pendaftaran account tabung haji atau pergi menunaikan haji atau umrah. PruBSN hanya membuat pindahan wang (CASH PAYOUT) ke dalam account tabung haji peserta / client. Sebarang urusan dengan pihak Tabung Haji adalan tanggungjawab client. Harap maklum.

Juga plan ini, mempunyai manfaat badal haji sekiranya peserta tidak berkesempatan menunaikan haji.

Untuk penerangan lanjut hubungi 014-6661907(nizam) atau

click gambar di bawah untuk mendapatkan FREE QUOTATION

 

Panel Hospital Prudential dan PruBSN Takaful

Berikut adalah senarai Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia(latest by July 2014) mengikut negeri:

KEDAH

 Kedah

PULAU PINANG

Penang

PERAK

Perak

KUALA LUMPUR/SELANGOR

KL

NEGERI SEMBILAN

N9

MELAKA

Melaka

JOHOR

Johor

KELANTAN

Kelantan

PAHANG

Pahang

TERENGGANU

Terengganu

SARAWAK

Sarawak

SABAH

Sabah

Deposit kemasukan hospital adalah berbeza mengikut hospital yang anda admit. Juga deposit kemasukan hospital adalah PERCUMA di bawah plan HealthEnrich Premier dan HealthEnrich Advanced jika anda admit di preferred hospital.

PruBSN juga menyediakan on-the-go apps iaitu PruBSN Navigator. Anda boleh download apps ini dari google play dan itunes atau anda boleh dapatkan di link ini:

Android user

Iphone user

 

Ketahui cara kemasukan hospital di bawah plan PruBSN Takaful

 

PruBSN Protect

Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan Traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan disebabkan sebab2 bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.

Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam plan ini adalah

PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.

PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.
Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keseluruhan disebabkan oleh kemalangan.

Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.

Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.

Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.

Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.

Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan

Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.

Konsep PruBSN Protect Plus

Plan ini boleh digunakan sebagai income replacement kepada pencarum kerana manfaat perlindungan boleh diselaraskan mengikut keadaan dan perancangan kewangan pencarum.

Untuk penerangan lanjut hubungi 014-6661907(nizam) atau

click gambar di bawah untuk mendapatkan FREE QUOTATION

Kelebihan MLTA berbanding MRTA

Mengapa kita boleh kehilangan rumah kita jika kita hanya memilih untuk membeli MRTA?

 MRTA adalah singkatan Mortgage Reducing Term Assurance (Gadai Janji Kadar Menurun).

MRTA dan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) adalah dua perkara yang sama. Cuma MRTA adalah dari insurans konvensional manakala MRTT adalah dari insurans berasaskan islamik iaitu Takaful.

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu MRTA, ia adalah satu pelan insurans hayat yang berkurangan jumlah insuransnya dari semasa ke semasa bertujuan untuk melindungi pinjaman rumah kita yang terhutang kepada bank.

Biasanya, ini adalah apa yang berlaku:

Semasa kita membeli rumah, pegawai gadai janji biasanya akan meminta kita untuk membeli MRTA dengan premium tunggal, bayar sekali dan dimasukkan ke dalam pinjaman kita. Kita hanya perlu tambah sedikit bayaran tambahan setiap bulan. Memang hassle-free!

 Tetapi adakah kita sedar bahawa membeli MRTA mungkin tidak dapat terus melindungi aset kita dan keluarga kita? Jika kita membeli MRTA, sebenarnya benefisiari ialah bank.

Jika musibah berlaku kepada kita, bank yang akan diselamatkan terlebih dahulu kerana bayaran untuk baki pinjaman yang tertunggak akan dibayar oleh syarikat insurans.

Dan, keluarga kita akan mendapat rumah tersebut dengan anggapan, tiada hutang-hutang lain yang perlu dijelaskan.

Sekiranya masih terdapat hutang-hutang lain, mungkin rumah itu terpaksa dijual oleh keluarga kita bagi membantu menjelaskan hutang-hutang tersebut dan apa yang tinggal untuk keluarga adalah baki duit selepas semua hutang-hutang dijelaskan, sekiranya ada.

MLTA1Dalam Gambar ke-2, sekiranya tiada apa-apa musibah berlaku kepada kita sehingga tamat tempoh pinjaman, kita hanya mendapat rumah itu sahaja.

MLTA2

Apakah kelebihan MLTA/MLTT? 

MLTA bermaksud Mortgage Level Term Assurance atau secara islamiknya, ia adalah MLTT (Mortgage Level Term Takaful).

MRTA/MRTT, insuransnya dimasukkan ke dalam pinjaman perumahan. Bagi MLTA/MLTT, ia tidak dimasukkan ke dalam pinjaman kerana ia adalah insurans peribadi dengan cara menginsuranskan nyawa kita senilai dengan nilai rumah dan menjadikan beneficiary adalah keluarga kita. 

Jadi, sekiranya apa-apa musibah berlaku kepada kita, syarikat insurans akan membayar baki pinjaman kepada bank dan lebihannya akan diberikan kepada keluarga kita berserta jumlah simpanan/ keuntungan yang terkumpul.

Bermakna, keluarga kita akan mendapat rumah dan juga sejumlah wang untuk mereka meneruskan kehidupan selepas ketiadaan kita. Secara tak langsung, hidup keluarga kita terjamin. Tak perlu jual rumah untuk mendapatkan wang kerana MLTA/MLTT adalah pelan berkait-pelaburan yang mempunyai bahagian simpanan.

MLTA3

Sekiranya tiada apa-apa musibah berlaku kepada kita, 2 perkara akan kita dapat iaitu rumah dan juga nilai simpanan/ keuntungan yang terkumpul. Rujuk gambar seperti di bawah:

MLTA5

Pada satu tahap, nilai simpanan/ keuntungan yang terkumpul akan menyamai jumlah baki pinjaman rumah kita. Rujuk gambar di bawah, pertembungan garisan kuning dan merah. Jadi, kita mempunyai pilihan untuk menjelaskan baki pinjaman dengan mengeluarkan simpanan ini atau gunakannya untuk menjelaskan bayaran bulanan yang perlu ditanggung.

 Bukankah ini sangat berbaloi-baloi???

MLTA6-1

Boleh dipindah milik

Satu lagi kelebihan memiliki MLTA/MLTT adalah ia boleh dipindah milik.

Sebagai contoh, kita membeli rumah pertama bernilai RM300,000 dan membeli MLTA/MLTT bernilai RM1Juta.

10tahun kemudian, kita mahu membeli rumah yang lebih besar dan bernilai RM800,000. Kita tak perlu untuk membeli lagi satu MLTA/MLTT kerana MLTA/MLTT sedia ada masih cukup untuk menampung nilai rumah tersebut. Jadi, ia boleh dipindah milik ke rumah baru. Tetapi, sekiranya MLTA/MLTT tersebut tidak mencukupi, kita boleh menambah jumlahnya kepada polisi sedia ada dan kemudian dipindah milik ke rumah baru.

Atau,

Sekiranya kita mempunyai beberapa biji rumah, kita boleh merangkumkan semua nilai rumah-rumah tersebut dan membeli dengan hanya 1 polisi.

Sebagai contoh, kita mempunyai 3 biji rumah yang bernilai RM300,000 setiap satu. Jadi, kita perlu ambil polisi MLTA/MLTT sebanyak RM900,000 atau lebih, untuk ketiga-tiga rumah itu.

Sangat menguntungkan bukan?

Secara Ringkas apa yang kita boleh dapat dengan MLTA/MLTT:

  1. 1 polisi MLTA/MLTT untuk beberapa rumah

  2. Peluang memendekkan tempoh pinjaman

  3. Boleh dipindah milik ke rumah lain

  4. Nilai diinsuranskan tidak susut mengikut nilai pinjaman

  5. Menjamin masa depan keluarga kita

Mohonlah hari ini!

Untuk penerangan lanjut hubungi 014-6661907(nizam) atau click gambar di bawah untuk mendapatkan FREE QUOTATION

images (3)