Kelebihan MLTA berbanding MRTA

Mengapa kita boleh kehilangan rumah kita jika kita hanya memilih untuk membeli MRTA?

 MRTA adalah singkatan Mortgage Reducing Term Assurance (Gadai Janji Kadar Menurun).

MRTA dan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) adalah dua perkara yang sama. Cuma MRTA adalah dari insurans konvensional manakala MRTT adalah dari insurans berasaskan islamik iaitu Takaful.

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu MRTA, ia adalah satu pelan insurans hayat yang berkurangan jumlah insuransnya dari semasa ke semasa bertujuan untuk melindungi pinjaman rumah kita yang terhutang kepada bank.

Biasanya, ini adalah apa yang berlaku:

Semasa kita membeli rumah, pegawai gadai janji biasanya akan meminta kita untuk membeli MRTA dengan premium tunggal, bayar sekali dan dimasukkan ke dalam pinjaman kita. Kita hanya perlu tambah sedikit bayaran tambahan setiap bulan. Memang hassle-free!

 Tetapi adakah kita sedar bahawa membeli MRTA mungkin tidak dapat terus melindungi aset kita dan keluarga kita? Jika kita membeli MRTA, sebenarnya benefisiari ialah bank.

Jika musibah berlaku kepada kita, bank yang akan diselamatkan terlebih dahulu kerana bayaran untuk baki pinjaman yang tertunggak akan dibayar oleh syarikat insurans.

Dan, keluarga kita akan mendapat rumah tersebut dengan anggapan, tiada hutang-hutang lain yang perlu dijelaskan.

Sekiranya masih terdapat hutang-hutang lain, mungkin rumah itu terpaksa dijual oleh keluarga kita bagi membantu menjelaskan hutang-hutang tersebut dan apa yang tinggal untuk keluarga adalah baki duit selepas semua hutang-hutang dijelaskan, sekiranya ada.

MLTA1Dalam Gambar ke-2, sekiranya tiada apa-apa musibah berlaku kepada kita sehingga tamat tempoh pinjaman, kita hanya mendapat rumah itu sahaja.

MLTA2

Apakah kelebihan MLTA/MLTT? 

MLTA bermaksud Mortgage Level Term Assurance atau secara islamiknya, ia adalah MLTT (Mortgage Level Term Takaful).

MRTA/MRTT, insuransnya dimasukkan ke dalam pinjaman perumahan. Bagi MLTA/MLTT, ia tidak dimasukkan ke dalam pinjaman kerana ia adalah insurans peribadi dengan cara menginsuranskan nyawa kita senilai dengan nilai rumah dan menjadikan beneficiary adalah keluarga kita. 

Jadi, sekiranya apa-apa musibah berlaku kepada kita, syarikat insurans akan membayar baki pinjaman kepada bank dan lebihannya akan diberikan kepada keluarga kita berserta jumlah simpanan/ keuntungan yang terkumpul.

Bermakna, keluarga kita akan mendapat rumah dan juga sejumlah wang untuk mereka meneruskan kehidupan selepas ketiadaan kita. Secara tak langsung, hidup keluarga kita terjamin. Tak perlu jual rumah untuk mendapatkan wang kerana MLTA/MLTT adalah pelan berkait-pelaburan yang mempunyai bahagian simpanan.

MLTA3

Sekiranya tiada apa-apa musibah berlaku kepada kita, 2 perkara akan kita dapat iaitu rumah dan juga nilai simpanan/ keuntungan yang terkumpul. Rujuk gambar seperti di bawah:

MLTA5

Pada satu tahap, nilai simpanan/ keuntungan yang terkumpul akan menyamai jumlah baki pinjaman rumah kita. Rujuk gambar di bawah, pertembungan garisan kuning dan merah. Jadi, kita mempunyai pilihan untuk menjelaskan baki pinjaman dengan mengeluarkan simpanan ini atau gunakannya untuk menjelaskan bayaran bulanan yang perlu ditanggung.

 Bukankah ini sangat berbaloi-baloi???

MLTA6-1

Boleh dipindah milik

Satu lagi kelebihan memiliki MLTA/MLTT adalah ia boleh dipindah milik.

Sebagai contoh, kita membeli rumah pertama bernilai RM300,000 dan membeli MLTA/MLTT bernilai RM1Juta.

10tahun kemudian, kita mahu membeli rumah yang lebih besar dan bernilai RM800,000. Kita tak perlu untuk membeli lagi satu MLTA/MLTT kerana MLTA/MLTT sedia ada masih cukup untuk menampung nilai rumah tersebut. Jadi, ia boleh dipindah milik ke rumah baru. Tetapi, sekiranya MLTA/MLTT tersebut tidak mencukupi, kita boleh menambah jumlahnya kepada polisi sedia ada dan kemudian dipindah milik ke rumah baru.

Atau,

Sekiranya kita mempunyai beberapa biji rumah, kita boleh merangkumkan semua nilai rumah-rumah tersebut dan membeli dengan hanya 1 polisi.

Sebagai contoh, kita mempunyai 3 biji rumah yang bernilai RM300,000 setiap satu. Jadi, kita perlu ambil polisi MLTA/MLTT sebanyak RM900,000 atau lebih, untuk ketiga-tiga rumah itu.

Sangat menguntungkan bukan?

Secara Ringkas apa yang kita boleh dapat dengan MLTA/MLTT:

  1. 1 polisi MLTA/MLTT untuk beberapa rumah

  2. Peluang memendekkan tempoh pinjaman

  3. Boleh dipindah milik ke rumah lain

  4. Nilai diinsuranskan tidak susut mengikut nilai pinjaman

  5. Menjamin masa depan keluarga kita

Mohonlah hari ini!

Untuk penerangan lanjut hubungi 014-6661907(nizam) atau click gambar di bawah untuk mendapatkan FREE QUOTATION

images (3)

Advertisements

4 Comments

  1. assalamualaikom,
    saya telah membaca tulisan saudara dan pada umumnya saya faham.
    soalan,
    saya telah membeli rumah beharga rm370k. dan loan rumah saya adalah lebih kurang rm340k.
    tetapi saya mendapat penyata/jadual dari bank menunjukkan jumlah pinjaman saya adalah rm1juta.
    dalam kes ini, berapa pampasan kematian yang harus saya ambil? rm340k atau rm1juta.
    kalau rm1juta, maka caruman bulanan adalah di luar kemampuan saya.

  2. Assalamualaikum,

    Saya membeli rumah lebih 10 tahun lepas dgn insurans MRTA. Suami saya cacat kekal (5 tahun) dan saya tetap bayar loan rumah dgn bayaran penuh selama lebih 5 tahun.

    Adakah saya layak mendapat insurans dan bolehkah saya mendapatkan kembali bayaran yang untuk 5 tahun yang sy sudah bayar itu. Tkasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s